Pages

Chekup Amna 9 Bulan Klinik Desa Pandan

Chekup Amna 9 Bulan Klinik Desa Pandan

Chekup Amna 9 Bulan

Amna & ayoh cik 

Sengih- sengih tengok kawan nangis naik atas penimbang 

Dia seperti biasa rileks je ahaha.Cucuk pun wat derk je.

Alhamdulillah..
Dah 9 bulan anak akak yang bongsu leni hikhik. Cepat nya , dah besar dah awak .

Macam- macam dah pandai .Yang terbaru  masuk je 9 Bulan ,dah pandai merangkak dan jalan sekaligus.

Awal sangat awak nih.

Penatlah ibu mengejar lepas nih.Ok lah asalkan  sihat.

Bila dalam fasa nak jalan nih. Risau satu je , takut abangnya tolak . 

Kadang abangnya nak gurau tapi tak pandai lagi. Baru 3 tahun lebih si abang.

Adik pun jalan laju  bila nampak abangnya . Mulalah badan tak stabil.

Risau juga jatuh kepala .Dah lah lantai mozek huhu.

Sempatlah tanya nurse chekup kali ni. 

Biasanya umur berapa anak faham tak boleh masuk barang dalam mulut?, katanya dalam setahun biasanya anak faham dah kita tegur.

Harap- harapnya macam tu lah.

Tiga kali dah nih hampir telan benda kecik.Rezeki Allah bagi ilham .Nampak pelik je mulut dia macam mengunyah cepat- cepat chek .

Letih , takut , risau macam - macam lah ada ketika fasa nih.Moga Allah lindung dari benda tak elok.

Bestnya chekup petang tak perlu tunggu lama- lama.Sampai je terus panggil dan cucuk untuk 9 bulan.Alhamdulillah.Berat dah 6.8 kg.Keluar dah dari garisan kuning. 

Sebelum ni masuk garisan kuning.Ni dah macam- macam makan ,cepatlah naik  badan dia.Memang tak memilih sungguh makan yang nih .

Jumpa untuk cucuk setahun pula yea nurse.

Love, 
Eyda Rashid
Ibu yang sedang belajar bersabar


 12.11.2018

12.11.2018

Tuk tuk ..
Allahuakbar...
Habih darah , kena apa ni Bie? 

Alhamdulillah ..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Suami tak patah pape.

Tak sangka pula berlaku kat suami sendiri kali ni.Eksiden moto ,kereta yang langgar bukannya tolong.

Tapi lariiii!

Dulu tengok je dalam video orang kemalangan bergolek atas tar.Kali ni berlaku kat diri sendiri si suami kata.

Banyak kali golek pula tue, bengkak juga  lah kaki sebab nak tahan dari terus bergolek terkena divider jalan.

Allahu..macam mimpi pun ada.

Alhamdulillah bila xray dekat Columbia Puchong takde pape serius sekadar bengkak je lutut .

Doktor  bagi antibiotic dan lain - lain nak bagi cepat sembuh luka dan kurangkan bengkak.Boleh tahan juga berdenyut.

Semoga cepat sembuh.Kami sayang abi.



Love,
Eyda Rashid
12.11.2018




Tulislah

Tulislah


Alhamdulillah ..
Alhamdulillah ..

Selesai juga coaching sebulan dengan Balqis Sanusi .

Banyak sangat ilmu penulisan dia bagi. Tip- tip ,malah peluang hantar artikel kat blog islamik.Terpilih untuk disiar atau tidak  bergantung dekat editor blog/web tue.

Teringat pesan Bonda Nor dalam ruangan ikim baru- baru ni.Penting sangat ‘Niat’ dalam kita buat kebaikan .

Niat juga merupakan doa .

Bila niat kita  betul Allah s.w.t akan buka peluang , ruang malah hadirkan orang- orang mampu membantu kita.

Atas kita pula nak ambil atau tidak . Rugilah kan kalau tak ambik peluang kan.

Terima kasih Balqis  bagi peluang.

Banyak belajar dari dia , walaupun jarak usia dia jauh lebih muda.

Menulis sebab ‘passion’ dan  inginkan pahala berterusan akhirnya akan bertahan lama .

Dalam ramai- ramai baca , pasti ada satu  dua atau lebih yang terinspirasi dengan tulisan kita.

Kadang bukan orang lain .Diri kita sendiri bila baca boleh terinspirasi, nak nak lagi tika dilanda ujian.

Coaching ni selama sebulan .

Dia benar- benar nak bantu .Tanya apa je dia akan jawab dan bagi idea.Bagi artikel dia akan tegur kalau ada yang perlu baiki.

Semoga  Balqis terus sukses! 
Fb/ig:Balqis Sanusi

Moga direzekikan tahun 2019 ni untuk ikot bengkel Bonda Nor dan Puan Sri Diah.Selalu tak kena dengan masa huhu.Biasalah bila mak- mak nih.Priority mestilah anak dulu.



Love,
Eyda Rashid


 Diari WAHM: Kelas Storytelling bersama WAHM

Diari WAHM: Kelas Storytelling bersama WAHM

Kelas cuma 4 jam.Dari 9 pagi hinggalah 1 tengah hari  di Subang .

Berkira- kira juga lah nak pergi. Bukan sebab duit tapi sebab si bongsu .

Ni kali ke-2 kena tinggal dengan abi dia .

Syukurnya.

Si kecil  pun dah boleh makan . Tak bergantung dengan susu ibu je.

Tutup mata, jalan terus .

Bila lagikan nak dapat ‘me time’ sambil tambah ilmu.

Bagi peluang kat abi  dia rasa jaga anak hikhik.

Barulah kalau saya kata penat , dia mudah empati sebab dia ada pengalaman.

“Boleh tak ni abi hehe.Saja buat- buat tanya ..haha”

“Ok jerr..”

Sampai je dekat tempat bengkel.Si kecil lena.

Haaa,senang kerja ibu.

Awal datang , boleh pilih tempat . Pilih depan stage teruslah.

Lagipun kelas dia banyak guna white board.

Bertegur sapa dengan yang kanan dan kiri .Ada blogger, ada juga wartawan dan macam-macam lah.Kecil pula rasa .

Lantak lah .
Nak tambah  ilmu je  kan.

Kelas ni kelas ‘storytelling ‘ tapi kemudian jadi kelas ‘content’ sekejap. 

Sebab bila di cerita tentang content semua buat muka blurrr ..hikhik.

“Ok2 kita belajar content dululah camni..”

Terima kasih tuan guru memahami.

Sini saya kongsikan sikit kelas dia.

Content terbahagi 3:

1.To Inspire
2.To Educate
3.To Inform
4.To Entertain 
5.To Convert (Rm)

Penting tulisan kita bawa impak positif kat audience yang baca.

Lebih sedap lagi kalau ada element emosi dalam tulisan kita .

Lepas letak beberapa content ni , boleh letakkan iklan hardsell. Pastu ulang balik.

Tuan KHM ajar jugalah cara nak kira posting yang mendatangkan duit.

Sesi soal jawab pun banyak juga banyak ilmu baru dapat.

Paling saya ingat , kenapa kena impak positif.Bila dibuat kajian , follower untuk fb yang pengisian positif mudah nak ‘convert’ Rm hehe.

Ada juga perkongsian dari 3 orang penulis viral .

Tuan KHM sebenarnya rancang bila dia nak buat posting sebab tuelah Fb dia datangkan duit.Dia ajar cara kira.

Bayangkan ada 240 tulisan yang belum dipost lagi di Fb dia.

Terbaiklah!Saya nak menulis pun blurr.

Jom tambah ilmu menulis .
Menulis bukan sebab nak femes semata- mata .

Kadang dalam kisah hidup kita mampu menginspirasikan orang jadi lebih baik.

Untuk tatapan anak- anak kita pun yea.

Sedang bincang tentang content.



Penulis Viral 1




Penulis Viral 3




60 Orang peserta 


Love,
Eyda Rashid

P/s:




Anniversary Ke-5

Anniversary Ke-5

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Hari ni genap 5 tahun perkahwinan kami.

Dalam 5 tahun ni apa yang saya belajar .

Bersabar..
Bersabar..
Bersabar..

Bukan hanya bersabar dengan pasangan, anak- anak dan orang lain malah dengan diri sendiri.

Untuk mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan.

CINTA dan TANGGUNGJAWAB mesti berjalan seiring.

Cinta tanpa tanggungjawab ,lama kelamaan akan pudar. 

Tanggungjawab tanpa cinta akan hilang seri rumahtangga.

Alhamdulillah tahun ke-5 adik Aqil lahir. Dah nak bulih jalan .Bila bergurau dengan si abang macam budak besar dah . Cepatnya masa.

Maka, tahun ni hampir 3 tahun saya ‘resign ‘ tanpa hutang .Alhamdulillah.

Ambil keputusan untuk jadi surirumah sepenuh masa bukan satu yang mudah.

Biasa pegang duit sendiri dan jenis suka berkawan .Bila duk kat rumah ni agak blur pada mulanya , down pun nye.

Ditekan- tekan pula dengan orang sekeliling.Belajar bagai nak pecah otak , simpan sijil ahaks.

Bila orang tanya kerja apa? , awal dulu segan juga nak jawab.Ramai yang teka cikgu.Ada gaya cikgu kot.

Entahlah , mungkin juga.Sebab umi saya cikgu.Berjangkitlah sikit gaya dia.Anak sulung perempuan kot.Rapat ngan umi.

Lembut tapi tegas pun berjangkit dengan umi.

Tapi, bila fikirkan anak- anak masih kecil . Dan sayang setiap moment penting mereka berlalu begitu je . Tutup mata jalan terus.

Macammana saya dapat kekuatan?

Haaa ni dia .Buku ni ,Formula Tarik Rezeki. Boleh download di SINI .

Banyak saya belajar memahami konsep rezeki dan belajar yakin dengan rezeki Allah.

Ketika nak down saya buat task yang diberi.

Malah group support yang hampir 6000 orang banyak membantu memberi semangat , idea dan juga doa .

Allah dekat , kita yang sering menjauh.

Bila yakin rezeki Allah.Majikan ,suami hanyalah posmen .Malah , mereka pun menumpang rezeki kita. 

Alhamdulillah satu persatu impian tercapai . Allahuakbar!  rasa nak nangis pun ada.

Tahun pertama resign anak pertama lahir.Tahun kedua direzekikan membeli rumah .Tahun ketiga kereta lebih selesa. Dan tahun 2018 lahirnya anak ke 2.

Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga tidak putus-putus.

Kerja balik? Buat masa ni tak terfikir lagi. Mungkin pilih kerja yang tak terikat dengan masa.Wallahuallam .

Semoga perkahwinan ni makin mendekatkan diri pada Allah dan kasih sayang antara ahli keluarga makin erat.

———-

Terima kasih abang  .Penat  lelah dan pengorbanan abang untuk keluarga tak mampu kami balas .Hanya Allah yang layak membalasnya.

Happy Anniversary ke-5.

Love,
Eyda Rashid

P/s:














Bila diuji..

Bila diuji..


Hidup tak boleh lari dari diuji.

Kadang ujian datang bertalu- talu hingga kita hampir rebah.

Hampir nak mengalah , malah kadang ada yang sampai tahap hampir berputus asa dengan rahmatNya.

Astagfirullahalazim..

Duduklah sejenak.Tarik nafas,kemudiam hembus.

Perhatikan sekeliling kita.

Dalam  kita sering melakukan dosa.Dia masih tidak putus berikan kita udara untuk kita bernafas.

Kita sering mengejar yang jauh sehingga terlupa memandang yang di sekeliling .

Ujian hakikatnya  tanda kasih sayangNya.
Allah rindukan  rintihan kita.

Mungkin disebabkan tuntutan tanggungjawab yang tak putus-putus. Kita tanpa tak  sedar terlagha.

Solat dan doa dilakukan sekadar syarat   tanpa ada roh.

Malah mungkin kadang meletakkan usaha kita didepan berbanding pergantungan kita padaNya .

Bukan harta yang banyak sebenarnya membahagiakan kita. Tapi  ‘BERKAT’ dalam nikmat yang kita itu lebih penting dikejar.

Mengejar harta tanpa mengambil kira keberkatan,akhirnya akan penat.

Makin dikejar makin lari , makin dikejar makin tak cukup.

Adilkan Allah s.w t .Dia tidak letakkan banyaknya rezeki sebagai ukuran Dia suka ataupun murka .

Jangan sibuk mengejar rezeki sehingga kita lari dari tawakkal . Dia jualah penjamin rezeki .

Foto:Google

Antara yang boleh dibuat bila duji :

1-Senaraikan semua nikmat yang Allah dah bagi kat kita.

Selain hadirkan rasa syukur .Ia juga akan menarik rezeki .

“Dan(ingatlah ) ketika tuhan kamu memberitahu, demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya , jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabku amatlah keras.”(Surah Ibrahim ayat 4)

2-Banyakkan beristigfar.

Istighfar mampu melapangkan yang sempit dan juga menghilangkan kesusahan.

“Barangsiapa yang memperbanyak istighfar, Allah akan melapangkan kesusahannya, mengeluarkannya dari kesempitan dan memberinya rizki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Muslim)

3-Sabar dan juga solat 

Laksanakan solat wajib di awal waktu.

” Solat di awal waktu ; perolehi keredhaan Allah, dan di akhirnya  mendapat keampunan Allah”-lRiwayat At-Timidzi tetapi Albani mengatakan Mawdhu

4-Usahakan penuhi  hajat orang dan banyakkan  sedekah.

“Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah. Ubatilah penyakitmu dengan sedekah. Sedekah itu sesuatu yang ajaib. Sedekah menolak 70 macam bala bencana dan yang paling ringan adalah penyakit kusta dan sopak." (Riwayat Baihaqi & Thabrani)

5-Memperbayakkan selawat 

Allah amat menyenangi hambaNya yang sentiasa mengingati Nabi Muhammad serta menghidupkan sunnahnya dalam kehidupan seharian. 

Allah turut menjanjikan pengampunan dosa bagi hambaNya yang rajin berselawat kepada Rasulullah.

Dari Anas bin Malik r.a. berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya sepuluh darjat.”

6- Tambahkan amalan solat sunat 

Amalan solat sunat tahajjud dan dhuha .

7-Berdoa

Jaga adab berdoa.Dimulai dengan memuji Allah ,memohon keampunan, syukur dan juga dengan selawat .

Berbaik sangka lah dengan aturan Allah.

Mungkin dengan ujian ini menjadikan kita kebih baik dan ditinggikan darjat kita disisiNya


Love,
Eyda Rashid

P/s:




OUr LoVe JouRney.. Alhamdulillah..

Daisypath Anniversary tickers
Eyda Rashid © . Designed by MaisarahSidi.com